Skip to content

800x600 1024x768 Automatik Besar Saiz Perkataan Kecil Saiz Perkataan Reset
Anda di sini : Laman Utama arrow Berita JPM arrow Berita Terkini arrow Iklan Urusan Pemangkuan PPPLD Gred DGA32 Ke Gred DGA34 Tahun 2009
Iklan Urusan Pemangkuan PPPLD Gred DGA32 Ke Gred DGA34 Tahun 2009 Cetak E-mail
Ditulis oleh Marwan Bin Mohamad   
Tuesday, 25 March 2008

Kementerian Pelajaran  Malaysia melalui Jabatan pelajaran Melaka akan mengadakan Urusan Pemangkuan mengikut kaedah baru bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA32 ke Gred DGA34 Tahun 2009 bagi Negeri Melaka.

   

Lembaga Kenaikan Pangkat Kementerian Pelajaran Malaysia telah meluluskan urusan pemangkuan PPPLD Gred DGA32 ke Gred DGA34 bagi tahun 2009.Untuk urusan ini,permohonan adalah dipelawa daripada PPPLD ternasuk pegawai-pegawai yang telah mendapat kenaikan pangkat secara 'Time-Based' Gred DGA32 (KUP),sedang cuti belajar,cuti separuh gaji,cuti tanpa gaji dan pegawai-pegawai yang dipinjamkan/tukar sementara ke agensi lain atau yang sedang mengisi jawatan kader dan memenuhi syarat-syarat berikut :-

 

Calon Umum
Kenaikan Pangkat secara hakiki atau secara "Time-Based" ke Gred DGA32 pada 31.12.2003;
Calon Kelulusan Bahasa Cina Kenaikan Pangkatsecara hakiki atau secara 'Time-Based" ke Gred DGA32 pada 31.12.2003 dan sebelum;
calon Kelulusan Bahasa Tamil

Kenaikan Pangkat secara hakiki atau secara "Time-Based" ke Gred DGA32 pada 31.12.2003 dan sebelum;


Calon di atas adalah juga tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut :-

  1. Telah disahkan dalam perkhidmatan;
  2. Menunjukkan prestasi perkhidmatan pada tahap yang tinggi sepanjang tempoh perkhidmatannya;
  3. Bebas dari tindakan/hukuman pertuduhan Tatatertib,Mahkamah,BPR atau Surcaj;
  4. Bebas dari status 'Peminjam Pendidikan Tegar;
  5. Telah mengisytihar harta (pada atau selepas 1.01.2004);
  6. Lulus peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK); dan
  7. Disokong oleh Ketua Jabatan.


Semua calon yang memohon hendaklah mengisi Borang Permohonan BPDGA34 (borang boleh dibuat salinan) dengan menyertakan salinan fotostat dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut :-

  1.  Surat Kelulusan Pengisytiharan Harta (seperti Pekeliling Perkhidmatan Bil.3/2002),
  2. Lampiran A (BPDGA34) (Kenyataan Oleh Ketua Jabatan),
  3. Borang Tatatertib,
  4. Surat Akuan Pinjaman Pendidikan Institusi/Tabung Pendidikan (Lampiran A)
  5. Salinan Surat Lantikan Rasmi,salinan Surat Pengesahan Dalam Jawatan,salinan Surat Kenaikan Pangkat,
  6. Salinan Keputusan Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK),
  7. Salinan sijil kursus Kepengetuaan (NPQH) (jika ada)

dan kemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing.Calon yang mempunyai kelulusan Bahasa Cina dan Tamil hendaklah mengemukakan Salinan Sah Sijil berkenaan.

    Hanya borang-borang permohonan yang lengkap daripada calon-calon yang tidak dalam tempoh berdend,sanggup memegang jawatan kenaikan pangkat serta sanggup bertukar seperti diarahkan sahaja akan dipertimbangkan.

    Tuan/Puan adalah dikehendaki mengambil tindakan selanjutnya supaya permohonan yang lengkap sahaja dihantar dan sampai ke alamat Pengarah,Jabatan Pelajaran Melaka,Jalan Istana,Bukit Beruang,75450 Melaka ( u.p. :Unit Naik Pangkat dan Tatatertib ) pada atau sebelum 15 April 2008

 
< Prev   Seterusnya >

Daftar Masuk






Hilang Kata laluan?
Tiada akaun lagi? Daftar

Pautan Bestari

KejohananBalapan
 
 sukma2010-melaka
 
smsmoe
 
mygfl

sppa
 
mygovernment

epress

logoiim

lokasi_sekolah-button
  

Syndicate